Followers

Saturday, February 8, 2014

'Aku Terima Nikahnya'

Assalamualaikum...

Firstly, syukur alhamdulillah untuk semuanya :)

Sebenarnya jangan terkejut untuk tajuk post kali ni. tu cumalah saya tajuk buku yang baru saya khatam baca. sangat menarik dan senang untuk faham. ada juga beberapa part yang boleh mengalirkan air mata sebab 'sentap' atau terasa lah.

Bagi remaja sangatlah sesuai untuk baca. saya sarankan bacalah buku ni sebelum menerjah ke alam percintaan mahupun perkahwinan. perkongsian Ustaz Hasrizal sangatlah membantu kita di masa hadapan dan sekarang.

Ilmu perlu dicari dan tak salah untuk kita beramal dengan buku ni. Banyak ilmu yang boleh dikongsi dan kadang2 benda tu boleh menaikkan semangat diri kita *TrueStory


So jom grab buku2 hasil karya Ustaz Hasrizal :)

P/s: getting back my strength after what have done to me. semua kisah silam dah campak jauh2. new aim, new book, new LIFE :)

XOXO,
aisyah


Friday, January 10, 2014

Sabar itu 'Indah'

Assalamualaikum..

Pernah tak rasa at one point kita rasa untuk give up? pernah tak rasa kenapa Allah turunkan sesuatu ujian kat kita tapi bukan untuk orang lain? pernah tak rasa macam penat dah nak tahan sabar dan sakit sangat kat dalam hati? pernah tak rasa dah tak mampu untuk keluarkan air mata menahan sebak?

pernah tak?


sabar itu sungguh indah kawan-kawan. mungkin pada mata kasar kita tak nampak hikmah yang Allah dah susun, tapi yakinlah bahawa Allah dah aturkan yang terbaik untuk setiap orang. mungkin kita akan nampak dimasa hadapan. tanamkan dalam diri bahawa setiap ujian itu ada perkara yang terindah Allah hadiahkan. selalulah bersyukur dengan segala nikmat yang Allah dah tentukan.

diri sendiri tak pernah berputus asa untuk sentiasa berdoa yang terbaik. insyaAllah segala apa yg kita doa mmg Beliau dengar. yakin pada doa sendiri. mohon petunjuk Allah.

Dan Allah Maha Adil dan Maha Penyayang, ujian2 yang diberiNya adalah mengikut kemampuan masing-masing insyaAllah.  “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo′a): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma′aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.”– Surah AlBaqarah : Ayat 286

Allah sentiasa ada untuk kita. mohonlah pada beliau jika berada dalam susah atau senang. moga-moga ditabahkan untuk lalui segala ujian yang Allah dah tetapkan


PS; im getting back my strength.. insyaAllah

XOXO
Aisyah