Followers

Saturday, September 21, 2013

Annual Dinner :)

Assalamualaikum...

well harini sangat seronok sebab dapat keluar release tension dgn SHOPPING!
but something happened and let me keep it as secret*benda buruk tak elok cerita kan..

so sebenarnya tak ada topik sangat nak cerita tapi tiba-tiba teringat pulak dinner semester lepas which is in my 2nd year. themenya ialah Fairytales. theme tu abang kakak senior yang pilih so kami pun terima je lah. lepastu mulalah pening nak carik baju. so azam masa tu nak sewa je sbb kalau beli pun memang tak pakai lah..

survey punya survey jumpa jugak lah satu butik pengantin yang mantopppp!
baju pun lawa-lawa.to be honest terengganu memang susah nak cari gown yang lawa and murah. berapa byk baju dah try and finally decide lah satu baju ni...

harga dalam RM 150 sahaja untuk sewa.pakai kasut yang sedia ada dan makeup sendiri.so jimat lah bajet tahun ni. tapi puas hati :)

nama butik tak ingat lah tapi sapa-sapa yang nak survey baju untuk dinner area kuala terengganu, saya suggest visit lah butik pengantin dekat traffic light nak pegi sabasun yang area sekolah sains tu..








 ps: i menang 2 award tau mlm tu!

xoxo :AISYAH

Friday, September 20, 2013

Work work work! PARTime

Assalamualaikum...

so as I promised yesterday, im going to share my working experiences with u guys.

mulanya cadang untuk bekerja sebagai guru sambilan sekitar bandar jempol tapi malangya PPD terlalu 'cekap' buat kerja sehingga tahap kesabaran tak boleh tanggung dah. so dah buat decision nak cari kerja lain juga sebab kalau duduk tanam anggur kat rumah memang confirm lah makin sihat badan saya ni.


pusing-pusing bandar jempol yang sebenarnya baru 2 minggu pindah akhirnya jumpa lah satu kedai baju nama 'Planet Uptown'.kedai ni betul-betul depan Pasaray Aktif Jempol. kedai ni mostly jual barang-barang aksesori and pakaian lelaki. so nak tak nak terpaksa lah berdepan dengan kaum adam selama kerja kat situ.

well well well. first week kerja memang seronok plus over excited. kalau ikutkan ni lah kali kedua saya kerja lepas jadi cikgu tusyen tahun lepas. totally different layan customer dengan student. how to deal with those people? semuanya kena ada skills yang betul.

macam-macam ragam kena layan customer ni.tapi kalau dah hilang sabar memang melenting jugak kat kedai ni. ada yang mintak murah lebih2.hello brother! saya bukan toke kedai yang bagi harga sesuka hati. jawab ikut suka hati je ni.

bos memang banyak ragam *sangat. hanya orang yang menggunung kesabaran je boleh kerja melebihi sebulan kat kedai tu. cermatnya hanya mampu mengucap. bila pikir nak kan
gaji so masuk telinga kanan keluar telinga kiri. and finally after 2 weeks raya, saya pun berhenti kerja atas alasan kelas dah nak start.

total gaji memang sungguh tidak berbalai bila terpaksa kerja dari 9 pagi hingga 12 malam. tapi pengalaman tu yang paling berharga. kalau tak try kerja mana nak tau ada macam2 ragam kan dalam dunia ni.

huhhh and finally back in my normal routine :)

so kepada kakak adik abang yang nak cari kerja jgn terlalu memilih.asalkan halal dan bersedia nak belajar :)

xoxo :AISYAH

Thursday, September 19, 2013

SEMESTER 5

assalamualaikum.

welcome back to this site.lama sudah menyepi diri.

currently in semester 5 bachelor of english unisza.lagi 2 tahun nak habiskan degree. pejam celik cepat betul masa berlalu. kadang-kadang sampai tak sedar yang umur yang lanjut.

whatever it is, come to the reality. berpijak di bumi yang nyata. jadikan apa yang dah lepas sebagai pembakar semangat untuk menuju masa depan. hidup mungkin lebih banyak liku-liku yang bakal ditempuh.

so all the best friends :)

lets us improve from our past experiences...

*will share my working experience in the next post

xoxo: AISYAH